Pasukan Kedah Nak Tukar Nama...

pasukan kedah nak tukar nama...

FA Kedah sedang pertimbang nama yang akan digunakan oleh skuad Lang Merah untuk saingan Liga Malaysia musim depan. Sebabnya semua pasukan Liga-M seharusnya melengkapkan proses penswastaan mereka musim ini seperti yang diwajibkan FAM.

Naib Presidennya dedahkan antara nama yang sedang dipertimbangkan ketika ini termasuk Darul Aman FC. Tapi nama syarikat baru ini bergantung kepada keputusan FA Kedah yang akan mengumumkan perkara itu.

pasukan kedah nak tukar nama...Khamal Idris Ali berkata jika FA Kedah ingin menggunakan nama 'Kedah' atau 'Darul Aman' pada permulaan nama syarikat atau kelab, pihaknya perlu mendapat keizinan kerajaan negeri terlebih dahulu. Beliau juga yakin FA Kedah mampu melengkapkan proses penswastaan ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Namun, FAM maklumkan mana-mana pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji berkemungkinan sukar untuk dapatkan pelesenan bagi beraksi dalam saingan Liga-M musim depan. Bukan itu je, pasukan berkenaan juga berisiko diturunkan ke saingan Liga M-3 dan Kedah merupakan salah satu pasukan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji.

pasukan kedah nak tukar nama...

Kalau Kedah tak ada dalam saingan Liga-M nanti kurang meriah la kan? Jadi, FA Kedah kena selesaikan la isu tunggakan gaji ni secepat mungkin ye!

Oleh : Karami Kamel