Pasport Jepun, Singapura Paling Berkuasa Di Dunia Tahun 2022

Pasport ialah dokumen perjalanan dikeluarkan oleh sesebuah negara yang membolehkan pemegang dibenarkan masuk dan melalui negara-negara lain.

pasport jepun, singapura paling berkuasa di dunia tahun 2022

Menurut satu data ranking global bagi tahun 2022, pemegang pasport Jepun dan Singapura adalah paling berkuasa kerana boleh memasuki 192 buah negara tanpa memerlukan visa.

 

Pemegang pasport Jerman dan Korea Selatan pula di tempat kedua dengan akses ke 190 buah negara seluruh dunia tanpa visa.

 

Manakala Finland, Itali, Luxembourg dan Sepanyol masing-masing berkongsi tempat ketiga pasport paling berkuasa di dunia dengan skor 189.

 

Malaysia pula berada ditempat ke-12 dengan pemegang pasport negara ini mempunyai akses ke 179 buah negara.

 

Data ni dikeluarkan oleh Henley Passport Index berdasarkan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Ia mengambl kira bagaimana pemegang pasport sesebuah negara boleh memasuki negara-negara lain tanpa menggunakan visa.

 

“Perbezaan ketara bagi pergerakan global antara negara-negara kaya dengan miskin menjadi penekanan utama pada tahun lepas ekoran kewujudan varian Omicron yang menyebabkan langkah-langkah sekatan ke atas negara-negara di Afrika dilaksanakan,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan.

 

Sumber: [1]