Pasangan Kembar Dari Palestin Ini Catat Sejarah Sebagai Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia

Sesiapa sahaja yang mengikuti perjuangan Palestin pasti mengenali gerangan pasangan kembar dari Palestin yang bernama Muna dan Mohammed El-Kurd ini.

pasangan kembar dari palestin ini catat sejarah sebagai manusia paling berpengaruh di dunia

Mereka merupakan aktivis kembar dari Palestin.

Baru-baru ini, kedua-duanya berjaya melakar sejarah kerana tersenarai dalam 100 orang paling berpengaruh di dunia menurut majalah Time.

Nama saudara kembar berusia 23 tahun itu mula dikenali ramai setelah mereka menyertai kempen menghentikan usaha Israel bagi mengusir Palestin dari Sheikh Jarrah.

Keluarga Muna dan Mohammed El-Kurd terpaksa berpindah dari rumah mereka di wilayah Baitulmaqdis Timur.

Memetik laporan Al Jazeera, pasukan Israel kemudian menahan dan menyoal siasat Muna dan Mohammed El-Kurd selama beberapa jam berkenaan kempen tersebut.

Dalam satu rakaman yang dikongsi di media sosial, Muna kelihatan digari dan dibawa oleh pegawai keselamatan keluar dari rumahnya.

“Melalui catatan di media sosial, saudara aktivis Mohammed dan Muna El-Kurd membuka mata dunia untuk melihat kehidupan bahawa penjajahan pada musim Baitulmaqdis Timur. Ini dapat membantu dan mendorong perubahan retorik antarabangsa antara Israel dan Palestin,” tulis majalah Time.

Dalam senarai 100 orang paling berpengaruh di dunia, Mohammad El-Kurd memberikan responsnya.

pasangan kembar dari palestin ini catat sejarah sebagai manusia paling berpengaruh di dunia

Dia merasakan berita tersebut sebagai perkembangan positif bagi Palestin.

Namun, menurutnya, simbolisme sahaja tidak memadai untuk benar-benar menyokong perjuangan Palestin.

Muna dan Muhammed adalah dua aktivitis yang berjuang habis-habisan bagi mempertahankan hak keluarga Palestin atas pertikaian tanah di Sheikh Jarrah.

Di Twitter sahaja, kedua-dua mereka mempunyai lebih dari 200,000 pengikut sementara 1.6 juta pengikut di Instagram.

Mereka secara aktif telah menjalankan kempen menentang Israel dengan hashtag #SheikhJarrah dan #SaveSheikhJarrah.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN