Pasangan Hyun Bin & Son Ye Jin Derma Lebih Setengah Juta Buat Mangsa Kebakaran Hutan

Pasangan Hyun Bin dan Son Ye Jin yang bakal melangsungkan perkahwinan pada akhir bulan ini, dilaporkan telah menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran hutan di Korea Selatan.

pasangan hyun bin & son ye jin derma lebih setengah juta buat mangsa kebakaran hutan

8 Mac lalu, Persatuan Jambatan Harapan bagi Bantuan Bencana Kebangsaan mendedahkan bahawa kedua-dua mereka telah menderma sebanyak 200 juta won (RM 678,399) untuk membantu mangsa yang mengalami kerosakan akibat kebakaran hutan di Uljin dan Gangwondo.

Sumbangan itu akan digunakan untuk menyokong bekalan bantuan kecemasan dan barangan lain yang diperlukan oleh mangsa.

Sebelum ini, pasangan itu juga aktif menderma atas tujuan kebaikan lain, misalnya derma sokongan COVID-19.

Khususnya buat sumbangan kali ini adalah kerana ia merupakan amal yang dilakukan bersama sebelum mereka bertukar ikrar perkahwinan tidak lama lagi.

Bulan lalu, Hyun Bin dan Son Ye Jin mengumumkan bahawa mereka akan mengikat tali perkahwinan selepas memutuskan untuk menghabiskan kehidupan bersama.

 

Sumber: [1]