Pasangan Bercerai Lebih Risiko Ada Masalah Nyanyuk – Kajian

Satu kajian mendapati pasangan bercerai boleh menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan serius, termasuklah demensia atau nyanyuk.

pasangan bercerai lebih risiko ada masalah nyanyuk – kajian

Kajian dibuat pasukan penyelidik Institut Kesihatan Awam Norway (NIPH/FHI) dengan menganalisis status perkahwinan kumpulan berusia 44 hingga 68 tahun, sejak 24 tahun lalu.

 

Hasil kajian mendapati, status perkahwinan seseorang dapat memberi kesan kepada peluang untuk mendapat masalah nyanyuk atau gangguan kognitif ringan selepas berusia 70 tahun.

 

Menurut pengkaji, kaitan antara demensia dan status perkahwinan adalah mereka yang sudah berumah tangga ada pasangan untuk mengatasi masalah serta tekanan dalam hidup. Ia bermaksud individu itu juga ada seseorang untuk bercakap dan berkongsi beban, sekaligus mengurangkan tekanan dan mampu menangani kesukaran dengan lebih baik.

 

Sumber: SCMP