Pelakon dari Korea Selatan, Park Soo Ryun, yang juga seorang bintang terkenal K-Drama berjudul Snowdrop, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh di tangga berhampiran kediamannya ketika pulang dari kerja.
Keluarganya mengesahkan kematian beliau dan berkongsi bahawa pelakon berusia 29 tahun itu dalam koma disebabkan oleh kegagalan fungsi otak akibat kemalangan tersebut.
Walaupun berdepan dengan kehilangan yang memilukan ini, ibu bapa Soo Ryun telah membuat keputusan untuk mendermakan organ-organ lainnya yang masih boleh digunakan, dengan memahami kepentingan membantu mereka yang memerlukan.
Ibunya juga meluahkan merasa tenang kerana mengetahui bahawa organ-organ anak perempuannya akan memberikan kelegaan kepada mereka yang berada dalam keadaan terdesak.
Sebelum kemalangan itu, Soo Ryun sepatutnya pergi ke Pulau Jeju untuk drama musikal terbarunya.
Selain daripada kerjaya lakonannya, beliau juga mempunyai latar belakang muzikal dan membuat penampilan sulung pada tahun 2018 dengan muzikal "II Tenor".
Melalui siri Snowdrop, Soo Ryun berpeluang untuk berlakon bersama Jisoo dari Blackpink dan Jun Hae In.
Beliau dengan bersemangat berkongsi banyak foto di media sosialnya, menunjukkan rasa kagumnya terhadap pelakon veteran tersebut dan perjalanan bersama mereka sehingga penggambaran selesai.
Drama Snowdrop mendapat banyak tontonan apabila ditayangkan pada penghujung tahun 2021.
Acara penghormatan terakhir untuk Soo Ryun berlangsung di Hospital Suwon, Gyeonggi Provincial Medical Centre, dan upacara pengebumiannya telah dijalankan pagi semalam (12 Jun).
Sumber: NDTV