Park Bo Gum Tamat Latihan Ketenteraan

Pelakon Korea popular, Park Bo Gum memulakan cuti terakhirnya dari latihan ketenteraan, sekaligus menamatkan perkhidmatan tugas aktifnya berikutan tidak perlu kembali ke pangkalan bawah garis panduan antivirus.

park bo gum tamat latihan ketenteraan

Terdahulu pada hari itu, Park meninggalkan unit Tentera Lautnya di ibu pejabat tentera Gyeryongdae yang terletak kira-kira 160 kilometer dari selatan Seoul, ketika dia memulakan percutian yang akan berlangsung sehingga tarikh pelepasan rasminya iaitu pada 30 April.

Kebiasaannya, para tentera diwajibkan untuk hadir ke pangkalan mereka pada hari terakhir perkhidmatan masing-masing namun peraturan kali ini telah dilonggarkan bagi mencegah penularan COVID-19.

Park, bagaimanapun, secara teknikalnya akan kekal sebagai askar aktif hingga tarikh pelepasannya.

Beliau telah berkhidmat dalam Tentera Laut sejak Ogos 2020.

Pada 2015, Park meraih populariti besar menerusi penampilannya sebagai barisan teraju utama dalam drama ‘Reply 1988’.

Setahun selepas itu, popularitinya terus mencapai kemuncak menerusi drama ‘Love in the Moonlight’.


Sumber: [1]