Paras Air Laut Meningkat, Kajian Jakarta Bakal Tenggelam Jadi Bualan [Video]

Sebelum ini, tular satu kajian yang mendakwa ibu negara Indonesia iaitu Jakarta bakal ditenggelami air disebabkan peningkatan paras air laut yang kian meningkat dalam masa beberapa tahun mendatang.

paras air laut meningkat, kajian jakarta bakal tenggelam jadi bualan [video]

Baca: Jakarta Dijangka Tenggelam, Indonesia Nekad Pindah Ibu Negara Ke Kalimantan

 

Punca utama yang menyebabkan wilayah itu mempunyai risiko tenggelam adalah seperti penurunan tanah serta perubahan iklim.

 

Lebih memeranjatkan, baru-baru ini, tular satu video yang dikongsi menerusi Tiktok @noname_0936 menunjukkan keadaan terkini paras air laut di satu lokasi di Jakarta.

 

@noname_0936 Sisi jakarta #jakartaupdate #foryou #jakartainfo ♬ suara asli - Noname

 

Video berkenaan jelas menunjukkan paras air laut dalam wilayah itu yang sudah hampir melepasi tembok yang dibina di pesisiran pantai.

 

“Jakarta akan tenggelam dengan lebih cepat,” katanya dalam video itu.

paras air laut meningkat, kajian jakarta bakal tenggelam jadi bualan [video]

Video itu nyata menarik perhatian ramai yang seakan tidak percaya melihat keadaan semasa paras air laut di Jakarta yang semakin tinggi dan seakan tepat dengan kajian yang dilakukan penyelidik sebelum ini.

paras air laut meningkat, kajian jakarta bakal tenggelam jadi bualan [video]

Untuk info, Jakarta adalah salah satu bandar mega yang dijangka satu pertiga daripada bandar ini akan tenggelam menjelang tahun 2050, berdasarkan keadaan semasa peningkatan paras air laut, penyusutan simpanan air bawah tanah dan juga corak ancaman cuaca semasa.

 

Sumber: Tiktok