Kematian adalah satu perkara yang mati. Setiap yang hidup pasti akan mati. Jadi, apabila berlaku sesuatu kematian ada beberapa perkara yang orang hidup perlu uruskan.
Seandainya berlaku kematian seharunya ahli keluarga perlu bertanggungjawab menguruskan jenazah tersebut. Maka, ada beberapa perkara yang korang perlu lakukan dalam mengurus jenazah.
1. Kawal emosi dan bertenang
Perkara yang paling penting korang kena buat adalah bertenang. Sebab kalau korang tak bertenang, susah untuk lakukan perkara sepenuhnya. Jadi, macam mana nak bertenang? Tetapkan mind-set bahawa kematian tu boleh berlaku pada bila-bila masa dan sesiapa sahaja.
2. Jika kematian berlaku di rumah, sila buat laporan polis.
Kalau kematian yang melibatkan kemalangan, dah tak perlu risau benda ni. Tapi, kalau ahli keluarga meninggal dekat rumah korang kena laporkan kepada pihak polis yang terdekat. Sebab, polis akan mengeluarkan sekeping laporan untuk dapatkan permit mengubur.
3. Pastikan dapat permit mengubur
Dokumen paling penting, tak kiralah berlaku dekat mana pun kematian tu adalah permit mengubur. Kalau kematian dekat hospital, korang boleh minta dekat hospital. Betapa pentingnya permit mengubur ni, kalau tak ada, jenazah tak boleh ditanam.
4. Cari orang yang sewajarnya untuk mengurus jenazah
Untuk muslim, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum mengebumikan jenazah seperti mengafan dan memandikan jenazah. Jadi, cari orang yang berpengetahuan untuk menguruskan jenazah. Selalunya, setiap masjid akan ada orang yang tahu untuk urus jenazah. Jika jenazah ialah wanita maka dapatkan bantuan daripada wanita supaya mudah segala urusan.
5. Daftar kematian dan maklumkan pada Jabatan Pendaftaran Negara
Part ni boleh dilakukan usai mengurus jenazah. Tapi, make sure korang daftar kematian jenazah dekat Jabatan Pendaftaran Negara. Dekat sini, korang kena serahkan kad pengenalan jenazah. Selepas itu, JPN akan keluarkan Sijil Kematian. Pastikan segala details betul sebab kalau salah urusan mendatang akan susah.
Sumber: Pengalaman Sendiri