Cipta Rekod Baru, Pancaran Kilat Ini Cecah 768 Kilometer!

Pernahkah anda melihat pancaran kilat yang sangat panjang, dari atas awan yang gelap sambung-menyambung dari awan ke awan lain, hingga mungkin ia mencecah permukaan tanah pada satu tempoh masa tertentu?

 

Itu sebenarnya tidak cukup panjang untuk menandingi pancaran kilat ini yang direkodkan merentasi tiga negeri di Amerika Syarikat (AS)!

cipta rekod baru, pancaran kilat ini cecah 768 kilometer!

Kilat yang bermula berhampiran bandar Wiggins di Mississippi, merentasi Louisiana serta Texas sebelum ia dilihat menuju ke arah Freeport dan berlangsung selama 8.5 saat.

 

Kilat terpanjang di dunia itu telah direkodkan pada 29 April 2020, mencapai jarak sejauh 768 kilometer, hampir menyamai jarak dari Kedah ke Johor.

cipta rekod baru, pancaran kilat ini cecah 768 kilometer!

Pancaran kilat itu mengatasi rekod yang dicatatkan sebelum ini di Rio Grande do Sul, selatan Brazil pada 31 Oktober 2018 dengan lebih 60 kilometer.

Sementara itu, pancaran kilat melalui ribut petir direkodkan di Uruguay dan utara Argentina selama 17.1 saat pada 18 Jun 2020.

 

Ia merupakan 0.37 saat lebih lama berbanding rekod dicatatkan sebelum ini di Argentina pada 4 Mac 2019.

 

“Ini adalah rekod luar biasa daripada kejadian petir tunggal,” kata pelapor WMO mengenai cuaca dan iklim ekstrem, Randall Cerveny.

 

Sumber: [1]