Penerbangan Ditunda atau Dibatalkan? Ini Hak Pampasan Anda Menurut KPDN

Penumpang yang mengalami isu penerbangan tertunda atau dibatalkan mempunyai hak menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan berkaitan.

penerbangan ditunda atau dibatalkan? ini hak pampasan anda menurut kpdn

Demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang memaklumkan tuntuan pampasan berkenaan bergantung kepada punca penerbangan itu ditunda atau pembatalan penerbangan tersebut.

 

Menurut KPDN, bagi penerbangan yang ditunda dua jam atau lebih, penumpang berhak untuk mendapatkan makanan, akses panggilan telefon dan internet, manakala sekiranya tertunda lima jam atau lebih, mereka berhak menuntut penginapan serta pengangkutan.

 

Manakala pembayaran semula secara penuh atau penerbangan alternatif wajib diberikan kepada penumpang dengan penerbangan yang dibatalkan.

penerbangan ditunda atau dibatalkan? ini hak pampasan anda menurut kpdn

Pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.

 

Sumber: KPDN