Paket Kopi Sebagai Gantian Kad Kahwin

Terdapat banyak cara yang digunakan orang untuk mengundang seseorang hadir ke majlis perkahwinan.

paket kopi sebagai gantian kad kahwin

Lagi-lagi dalam zaman moden ini yang mana kad undangan digital sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan mereka yang ingin menjemput orang ramai kerana ia dilihat lebih mudah.

Tetapi lain pula dengan seorang penduduk asal Indonesia ini yang mana dia menggunakan paket-paket kopi untuk mengundang orang ramai datang ke majlis perkahwinannya.

Dalam foto yang tular itu di Facebook, tertulis pada pelekat putih di paket kopi itu tarikh perkahwinan, alamat dan nama penerima serta nama pengirim.

Sebilangan warganet menyebutnya sebagai lucu, tetapi ada juga yang menganggapnya ia mudah.

“Lebih baik jika ringkas dan berguna,” komen seorang netizen.

 

paket kopi sebagai gantian kad kahwin

Jemputan seumpama ini bukanlah pertama kali berlaku.

Terdahulu, pasangan yang dikenali sebagai Amal dan Heri juga pernah menggunakan paket kopi sebagai gantian jemputan perkahwinan mereka.

Pasangan yang berasal dari Tangerang, Jakarta itu memilih konsep undangan perkahwinan yang unik sebegitu bagi menyelesaikan undangan mereka dengan ringkas sekali.

 

Sumber: [1]