Astro terus mengubah landskap hiburan Malaysia dengan memperkenalkan Astro One, rangkaian tiga pakej hiburan yang dipermudahkan khas untuk isi rumah di Malaysia. Bermula dengan hanya RM49.99, pakej utama seperti Entertainment Pack, Sports Pack dan Epic Pack menjadikan hiburan lebih mudah, fleksibel dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Menggabungkan saluran TV terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan tambahan jalur lebar yang fleksibel, Astro One membawa perubahan besar dalam cara keluarga Malaysia menikmati kandungan hiburan.
Astro One mencerminkan falsafah Astro untuk mempermudah penstriman kandungan bagi keluarga di Malaysia dengan menawarkan harga yang berpatutan, pilihan yang lebih mudah dan akses mudah kepada hiburan tanpa henti. Ia menggabungkan kandungan antarabangsa, serantau dan tempatan bersama produksi Astro yang terkenal di Malaysia. Pakej-pakej ini turut mengambil kira minat yang berbeza dan keperluan kandungan yang pelbagai mengikuti situasi, genre serta tabiat tontonan setiap ahli keluarga dengan menyedari bahawa tontonan kini berlaku melalui telefon bimbit, tablet, komputer riba dan televisyen.
“Astro One dihasilkan dengan meletakkan fokus kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan dan kehendak isi rumah di Malaysia yang sentiasa berubah. Ia memudahkan pengalaman hiburan dengan menggabungkan semua dalam satu perkhidmatan yang lengkap. Pakej-pakej ini menawarkan lebih nilai, serta membolehkan para pelanggan mengubah suai langganan mereka dengan pilihan tambahan yang lebih jelas dan berbaloi, termasuk aplikasi penstriman kegemaran mereka dan jalur lebar berkelajuan tinggi. Kesemuanya memberikan pengalaman yang lebih peribadi, mudah diurus dan pada harga yang berpatutan.
“Strategi keseluruhan Astro adalah untuk memastikan semua segmen penonton mendapat perhatian yang sewajarnya. Astro One direka khusus untuk keluarga, perkhidmatan penstrimannya, sementara sooka, lebih sesuai bagi individu yang mencari kandungan ringkas. Astro One merupakan satu pencapaian besar dalam misi Astro untuk terus kekal sebagai Destinasi Hiburan di Malaysia, menetapkan piawaian baharu dalam industri ini,” kata CEO Kumpulan Astro, Euan Smith.
Astro One juga menandakan perubahan dalam peranan Astro sebagai platform untuk rakan penstriman, menjadikannya lebih fleksibel, menawarkan nilai yang lebih baik dan memudahkan akses kepada kandungan bertaraf dunia di satu tempat, sekaligus mengukuhkan kedudukan Astro sebagai destinasi utama kandungan di Malaysia.
Astro One menawarkan kemudahan dan fleksibiliti yang lebih tinggi, memenuhi pelbagai keperluan hiburan. Pakej-pakej yang disediakan adalah:
-
Entertainment Pack: Menyediakan pelbagai hiburan tempatan untuk seluruh keluarga, termasuk rancangan Signature Astro seperti Gegar Vaganza dan Attam, Astro Originals seperti Project; Exit dan The Best of Us, rancangan kanak-kanak, serta program dari Korea, Cina, India, dan antarabangsa.
-
Sports Pack: Pakej yang penuh dengan hiburan sukan untuk peminat sukan secara LANGSUNG seperti Liga Perdana, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Liga Sepak Takraw, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi. Nikmati pengalaman sukan terbaik selain kandungan-kandungan dalam Entertainment Pack dan akses ke beIN SPORTS CONNECT.
-
Epic Pack: Dicipta untuk semua, termasuk peminat filem, dengan akses ke Netflix, Max, Disney+ Hotstar, BBC Player, iQIYI, kandungan kanak-kanak dan pelbagai rancangan hiburan, di samping semua kandungan dalam Pek Sports dan Pek Entertainment. Para pelanggan boleh menonton rancangan popular dari rakan penstriman kami seperti Squid Game 2, Deadpool & Wolverine, Starlight Boys dan Nigella’s Amsterdam Christmas.
Setiap pakej boleh disesuaikan dengan tambahan mudah, termasuk:
-
Lebih 11 aplikasi penstriman popular, seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South, dan banyak lagi.
-
Pakej kandungan khas yang disesuaikan mengikut minat tertentu, seperti Variety, Kanak-kanak, Berita dan Dokumentari, Sports Extra, serta saluran HBO dengan kandungan Max.
-
Perkhidmatan tambahan termasuk GO+, Multiroom, dan pilihan Jalur Lebar dengan kelajuan dari 100 Mbps hingga 800 Mbps.
Para pelanggan boleh mengubah langganan mereka melalui aplikasi My Astro, termasuk mengemas kini pakej, menukar antara pilihan tambahan dan perkhidmatan penstriman atau memilih pek yang baharu pada bila-bila masa yang mereka mahu. Dengan Ultra dan Ulti Box, para pelanggan dapat menikmati penstriman tanpa had dan menemui lebih banyak kandungan kegemaran mereka di Astro. Pengalaman pelanggan dipertingkatkan lagi dengan penambahan jalur lebar berkelajuan tinggi Astro Fibre.
Astro terus berkomitmen untuk menjadikan hiburan lebih mudah dan menyeronokkan bagi rumah tangga di Malaysia, serta menyokong industri kreatif tempatan. Astro One menggambarkan komitmen ini dengan menawarkan nilai yang lebih baik, kejelasan dan kemudahan, menjadikan ia lebih mudah untuk seisi keluarga menonton rancangan kegemaran mereka di mana-mana skrin, pada bila-bila masa. Dengan Astro One, para pelanggan boleh menstrim sehingga empat peranti serentak di aplikasi Astro GO, membolehkan keluarga menstrim pada hingga 4 peranti pada bila-bila masa, memastikan setiap ahli keluarga mendapat apa yang mereka mahu.
Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.