Pakar Sarankan Suntikan 'Booster' Tidak Diperlukan Populasi Umum

Pakar mengatakan suntikan penggalak atau ‘booster shot’ vaksin COVID-19 tidak diperlukan populasi umum.

pakar sarankan suntikan 'booster' tidak diperlukan populasi umum

Perkara tersebut dinyatakan dua saintis Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan pegawai daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam jurnal perubatan.

Tambah mereka, lebih banyak bukti malahan diperlukan bagi membenarkan dos penggalak.

Pandangan tersebut sekali gus bercanggah dengan perancangan kerajaan Amerika Syarikat yang ingin memulakan pemberian dos ketiga kepada rakatnya berikutan kes COVID-19 yang kian meningkat di negara tersebut akibat varian Delta.

WHO bagaimanapun tidak bersetuju dengan perkara tersebut berikutan bekalan vaksin masih diperlukan untuk dos pertama di serata dunia.

Menerusi jurnal perubatan Lancet, para saintis menulis, sebarang keputusan berkenaan keperluan dos penggalak adalah perlu, berdasarkan analisis teliti terhadap data klinikal atau epidemiologi terkawal yang menunjukkan pengurangan penyakit parah yang berterusan dan bermakna.

Lanjut mereka lagi, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan perlunya dos penggalak pada populasi umum di mana keberkesanan terhadap kes parah COVID-19 masih tinggi.

Bagaimanapun, akui mereka, penggunaan dos tambahan kemungkinan diperlukan pada masa depan sekiranya berlaku perlindungan lemah terhadap vaksinasi primer atau jika varian baru berkembang sehingga vaksin sedia ada tidak lagi berupaya melindungi terhadap virus.

 

Sumber: [1]