Pakar perubatan dari negara China menganggarkan vaksin virus COVID-19 dapat disiapkan pada tahun depan sekiranya semuanya berjalan dengan lancar.
Sun Jiufeng, seorang doktor dan penyelidik dari kedoktoran Universiti Sun Yat-Sen, China, berkata negaranya sedang membangunkan dua jenis vaksin. Buat masa ini kedua-dua vaksin tersebut masih dalam peringkat percubaan klinikal. Menurutnya, vaksin tersebut akan disiapkan pada Mei dan Jun nanti.
Menurutnya juga, selepas fasa kedua ujian klnikal mereka perlu menjalankan fasa ketia percubaan klinikal. Pada fasa tersebut ia akan mengambil lebih masa dan perlu melibatkan sukarelawan.
Buat masa ini, negara kita berminat untuk menyertai kajian ini di China. Sun turut berkata, sekiranyamenjadi vaksin ini akan membawa banyak manfaat kepada rakyat Malaysia dalam tempoh yang pantas.
Sama-samalah kita doakan agar vaksin ini cepat disiapkan dan akhirnya menyelesaikan segala permasalahan yang timbul.
Sumber; Astro Awani