Pakar Jelaskan Ivermectin Tidak Berkesan Cegah Gejala Teruk COVID-19

Satu kajian yang dijalankan di Malaysia menemui bahawa Ivermectin tidak berkesan untuk menyembuhkan pesakit COVID-19 bergejala teruk.

pakar jelaskan ivermectin tidak berkesan cegah gejala teruk covid-19

Dapatan ujian klinikal secara rawak itu diterbitkan dalam jurnal Jama Internal Medicine pada Jumaat lalu.

Laporan Reuters yang memetik penyelidik Malaysia berkata, penemuan tersebut sekali gus tidak menyokong penggunaan Ivermectin terhadap pesakit COVID-19.

Sampel kajian merangkumi 490 pesakit terdiri daripada 223 lelaki dan 267 wanita berusia 50 tahun ke atas dengan penyakit komorbid di 20 hospital dan pusat kuarantin COVID-19 di Malaysia, yang mana kesemua mereka dijangkiti COVID-19 dengan gejala ringan hingga sederhana.

Seramai 241 pesakit diberikan Ivermectin secara harian untuk tempoh lima hari manakala 249 pesakit pula diberikan rawatan standard.

Sepanjang lima hari pemberian Ivermectin iaitu pada minggu pertama mereka dijangkiti COVID-19, ia dikesan tidak mengurangkan risiko mendapat gejala teruk.

Gejala teruk, yang melibatkan bantuan oksigen untuk membantu pernafasan, berkembang dalam 21.6 peratus pesakit yang diberi Ivermectin dan dalam 17.3 peratus daripada mereka hanya menerima standard, kata penyelidik.

Berdasarkan kajian tersebut, tiada perbezaan signifikan secara statistik antara kumpulan dalam kadar kemasukan unit rawatan rapi (ICU), keperluan untuk penggunaan mesin ventilator atau kematian.


Sumber: [1]