Situasi COVID-19 Negara Kini Berada Dalam Keadaan Terkawal - Pakar

Situasi COVID-19 negara berada dalam keadaan terkawal selepas pelbagai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan sejak 1 Mei lalu.

situasi covid-19 negara kini berada dalam keadaan terkawal - pakar

Menurut Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Ts Dr Shamsul Bahari Shamsudin, kebanyakan negeri menunjukkan penurunan signifikan dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 turun ke paras 0.53.

“Ini yang harus terus berjaga-jaga kerana dalam tempoh satu bulan ini, sepanjang Mei saya jangkakan adalah dalam mod atau tempoh berjaga-jaga.

“Kita tak mahu ada lonjakan atau gelombang COVID-19 yang seterusnya. Jadi (kena) kita terus kekalkan norma-norma yang ada pada masa sekarang ini sehingga jumlah harian dalam negara turun lagi sekitar dua hingga tiga digit sahaja.

“Syukur juga negara kita telah menerima penggunaan ubat Paxlovid iaitu antiviral COVID-19, yang mana ia boleh digunakan walaupun pada masa ini hanya dibenarkan di hospital kerajaan.

“Tetapi saya yakin dalam tempoh satu atau dua bulan nanti pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan menilai dan melihat sekiranya ia boleh digunakan di tempat-tempat lain,” katanya/

Bagaimanapun, Shamsul Bahari menekankan risiko peningkatan kes tetap ada berikutan negara masih berada di peringkat awal dalam fasa peralihan ke endemik.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN