Minyak Mahal? Pakar Jelaskan Kebaikan Guna Air Fryer!

Baru-baru ini, harga minyak sawit botol di pasaran semakin naik yang mana ia dijual antara RM28.60 hingga RM43.50 seberat 5 kilogram.

minyak mahal? pakar jelaskan kebaikan guna air fryer!

Walaupun minyak tulen bagi pek polibeg 1 kg masih kekal pada harga RM2.50, orang ramai sering bergelut dengan ketiadaan stok di pasaran.

Berikutan itu, ahli kimia, Dr Fatimah Salim punya alternatif lain bagi mengatasi masalah tersebut. Caranya? Adalah dengan mengurangkan penggunaan minyak masak dalam menggoreng!

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Fatimah menerangkan bahawa air fryer merupakan antara alternatif yang cukup praktikal untuk digunakan.

“Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap.

“Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan.

“Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer,” terangnya.

Menurut beliau, air fryer mampu mengurangkan penggunaan minyak sehingga 70 hingga 80 peratus.

“Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak menggoreng yang banyak.

“Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan goreng yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70 hingga 80 peratus,” tambahnya.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN