Pakar Dakwa Lebih Ramai Kanak-Kanak Akan Dijangkiti Varian Delta

Sekumpulan pakar penyakit berjangkit menjangkakan lebih ramai kanak-kanak di Amerika Syarikat yang dijangkiti COVID-19, susulan penularan varian Delta.

pakar dakwa lebih ramai kanak-kanak akan dijangkiti varian delta

Varian Delta kini dilaporkan cepat menular di banyak negara seluruh dunia, melibatkan 117 buah negara.

 

Menurut Dr Anthony Fauci, meskipun wujud jangkitan varian Delta dalam kalangan kanak-kanak, ia masih belum jelas sama ada ia akan menyebabkan komplikasi terhadap golongan ini.

pakar dakwa lebih ramai kanak-kanak akan dijangkiti varian delta

"Varian Delta ini lebih pantas menular berbanding Alpha. Oleh sebab itu, jangkitan dalam kalangan kanak-kanak dijangka akan meningkat dan walaupun mereka dalam golongan peratusan kecil, namun peratus itu bakal menyaksikan mereka perlu menerima rawatan di hospital.

"Beberapa kajian antarabangsa turut mendapati varian Delta menyebabkan komplikasi teruk dalam kalangan golongan dewasa," katanya.

 

Justeru katanya, langkah terbaik bagi melindungi golongan yang belum menerima vaksin ini adalah dengan memastikan orang sekeliling mereka seperti ibu bapa dan adik beradik lain sudah divaksinasi.

 

Sumber: Astro AWANI