Pakar Beri Amaran Jangan Berenang Jika Alami Cirit-Birit

Sekumpulan pakar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berenang di mana-mana pusat rekreasi jika mengalami cirit-birit.

pakar beri amaran jangan berenang jika alami cirit-birit

Menurut laporan, agensi itu menyatakan seseorang yang alami cirit-birit boleh mengakibatkan pencemaran pada satu kolam renang.

 

CDC turut memuatnaik satu garis panduan mengenai cirit-birit dan juga berenang khasnya di kolam renang awam.

pakar beri amaran jangan berenang jika alami cirit-birit

Antara garis panduan itu adalah mereka yang mengalami cirit-birit tidak dibenarkan masuk ke kolam renang atau sungai sekurangnya dua minggu sehingga pulih sepenuhnya.

 

Untuk mengukur tahap klorin kolam, orang ramai boleh menggunakan jalur ujian khas sebelum merendamkan diri kerana bahan kimia itu boleh membahayakan jika berlebihan.

 

Mereka yang berenang khasnya ketika musim panas ketika ini juga disarankan untuk membilas badan selama satu minit selepas keluar dari kolam renang, selain juga ditegah untuk minum atau membuang air kecil dan besar dalam kolam renang awam.

 

Sumber: CNN