Pakar Beri Amaran Dunia Kini Ke Arah Menuju Kepupusan Secara Besar-Besaran

Ramai pakar mendakwa bahawa bumi kini sedang menuju ke arah bencana kepupusan besar-besaran untuk kali keenam.

pakar beri amaran dunia kini ke arah menuju kepupusan secara besar-besaran

Sepanjang kewujudan planet tersebut selama 4.5 bilion tahun ini, telah terdapat lima peristiwa kepupusan berskala besar yang berlaku setakat ini, menurut pakar.

“Kadar kepupusan semasa adalah kira-kira dua turutan magnitud lebih tinggi daripada kadar kepupusan biasa.

“Perubahan iklim yang dikesan semasa kepupusan besar-besaran dan terakhir ini bukanlah satu-satunya punca. Kesan perubahan global lain turut memainkan peranan,” kata seorang profesor di Jabatan Ekologi Universiti Charles di Prague.

Selain itu, seorang profesor emeritus di Jabatan Sains Bumi di Universiti Tohoku di Jepun, Kunio Kaiho mengatakan cara bumi memanas membawa kepada kesan yang mana ia hanya memerlukan beberapa darjah suhu bagi dimusnahkan dengan lebih cepat berbanding dipulihkan.

“Peningkatan purata suhu global sebanyak 9 darjah Celsius menjadi elemen penting kepada kepupusan besar-besaran, sejajar dengan pemanasan global,” jelasnya.

 

sumber: Kosmo