Orang Berkaca Mata Lebih Sukar Dijangkiti COVID-19 – Kajian

Orang yang memakai cermin mata dilaporkan dua hingga tiga kali lebih sukar kemungkinannya dijangkiti COVID-19 berbanding mereka yang tidak, menurut satu kajian yang dijalankan di India.

orang berkaca mata lebih sukar dijangkiti covid-19 – kajian
 
Penyelidik mengkaji 304 pesakit yang dijangkiti COVID-19 melalui soal selidik dan dibandingkan dengan kajian populasi umum yang ada.

 
"Kajian ini menunjukkan bahawa risiko COVID adalah dua hingga tiga kali lebih sedikit jangkitan pada populasi yang memakai cermin mata jika dibandingkan dengan mereka yang tidak menggunakan cermin mata," kata Amit Kumar Saxena dalam penemuan tersebut.

 
Menurut pengkaji, cermin mata boleh menjadi pelindung yang signifikan pada individu itu untuk dijangkiti jika ia dipakai dalam satu tempoh waktu yang panjang.

 
"Menyentuh dan menggosok mata dengan tangan yang tercemar mungkin merupakan jalan jangkitan seseorang itu menghidap COVID-19,” katanya.

 
Para penyelidik mengatakan secara purata, seseorang itu akan menyentuh wajah mereka sebanyak 23 kali dalam satu jam dan menggosok mata sebanyak tiga kali sejam seterusnya menyebabkan jangkitan berlaku.

 
Namun jangkitan itu boleh dikurangkan apabila seseorang itu memakai pelitup separuh muka serta cermin mata.

 
Kajian yang diterbitkan di medRxiv ini merumuskan saluran nasolacrimal mungkin boleh menjadi saluran penularan virus dari conjunctival sac ke ruangan nasopharynx pada hidung.

orang berkaca mata lebih sukar dijangkiti covid-19 – kajian
 
Menurut penulis, dalam kajian berkenaan, hanya sejumlah 58 pesakit COVID-19 yang memakai cermin mata secara berterusan pada waktu siang dan semasa melakukan aktiviti luar, selebihnya tidak memakai cermin mata.


 
Sumber: Medrxiv / New York Post
 
ARTIKEL BERKAITAN