Seekor kucing yang diselamatkan di lokasi nahas pesawat terhempas dekat Persiaran Elmina, 17 Ogos lalu, akhirnya disahkan mati.
Menurut doktor veterinar yang merawat haiwan berkenaan, Dr Zulerwan berkata kucing ‘ajaib’ yang dikenali sebagai Oyen itu telahpun pergi untuk selamanya, semalam (27 Ogos).
“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telahpun pergi untuk selamanya hari ini.
“Oyen yang didapati positif untuk virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV) atau dikenali sebagai sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) kucing, membuatkan sistem imun badan Oyen terganggu.
“Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin, tetapi Oyen tidak dapat bertahan.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Oyen,” katanya.
Terdahulu, Oyen dilapor berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih daripada kecederaan.
Sumber: Instagram