Latihan kardio, yang merangkumi aktiviti seperti berlari, berbasikal dan berjoging, sering dianggap penting untuk kesihatan jantung dan juga penurunan berat badan. Namun tak ramai yang tahu kebaikkan senaman ini terhadap tumbesaran otak.
Satu kajian dari Pusat Penyakit Neurodegeneratif Jerman yang diterbitkan dalam Prosiding Mayo Clinic oleh Ronald Petersen telah mengaitkan senaman kardiovaskular dengan kesihatan otak.
Kajian itu merangkumi 2,013 peserta dari Jerman sejak daripada tahun 1997 sehingga 2012, dengan menggunakan ujian senaman kardiopulmonari dan juga imbasan MRI.
Hasilnya, senaman yang konsisten dilihat memberi kesan langsung kepada fungsi kognitif dan juga tumbesaran otak dengan pengecutan berlaku jika tidak melakukan senaman.
"Ini memberikan bukti tidak langsung bahawa senaman aerobik dapat memberi kesan positif pada fungsi kognitif selain pengkondisian fizikal.
"Satu lagi ciri penting dari kajian ini adalah untuk orang dewasa yang lebih tua. Ada bukti yang baik untuk mereka yang berada pada pertengahan usia jika kerap melakukan senaman,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: Hashem Al-Ghaili / Pusat Penyakit Neurodegeneratif Jerman