Orang Ramai Disaran Ambil Dos Penggalak Secepat Segera Sebelum Pulang Ke Kampung

Orang ramai yang masih belum mendapatkan dos penggalak dinasihatkan untuk berbuat demikian secepat mungkin susulan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin mendekat.

orang ramai disaran ambil dos penggalak secepat segera sebelum pulang ke kampung

Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan kemunculan beberapa varian baru menyebabkan wujudnya keperluan tersebut.

Ia memandangkan situasi COVID-19 yang semakin baik di Malaysia adalah disebabkan penerimaan vaksin.

Justeru, beliau berharap lebih ramai mendapatkan dos penggalak selepas ini.

“Kita sekarang sudah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik dan ini adalah disebabkan penerimaan vaksin di kalangan sebahagian besar daripada kita, membuatkan kita terlindung.

“Walaupun dijangkiti, ia adalah jangkitan ringan. Dalam konteks semasa, dengan adanya varian Omicron dan beberapa varian lain, vaksin adalah satu perisai penting untuk kita.

“Ia penting terutamanya ketika berhadapan sambutan hari raya nanti dan mereka yang akan kita ziarahi pada ketika itu,” katanya.

 

Sumber: [1]