Satu kajian oleh Universiti Bowling Green State Ohio, Amerika Syarikat menunjukkan golongan muda lebih cenderung untuk tidak mengaku kalah dan taksub dengan diri sendiri.
Disebut sebagai Narcissistic Personality Disorder (NPD), gejala mental ini bukanlah satu yang asing dalam kalangan masyarakat.
Mereka yang mengalami NPD sering dilihat sebagai seorang yang hanya mementingkan diri sendiri, kurang disenangi orang sekeliling dan hanya mengambil tahu mengenai diri sendiri sahaja.
Kajian tersebut yang dibuat pakar psikologi mendapati generasi muda (golongan millennial dan generasi Z) merupakan generasi paling taksub dengan diri sendiri.
Masalah gangguan personaliti ini juga boleh menyebabkan masalah dalam hubungan bersama pasangan dan ahli keluarga. Ia juga boleh menyumbang kepada masalah mental seperti kemurungan dan keresahan.
Untuk itu, mereka yang berdepan dengan individu narsisistik boleh menjarakan diri dan jangan biarkan mereka memberi kesan kepada emosi sendiri.
Sumber: Kosmo!