Orang Dah Kahwin Kurang Risiko Mati Awal Berbanding Bujang?

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Pusat Kanser Kebangsaan Jepun mendapati mereka yang sudah berkahwin hanya 20 peratus berkemungkinan untuk mati awal jika dibandingkan dengan mereka yang tidak berumah tangga.

orang dah kahwin kurang risiko mati awal berbanding bujang?

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Network Open itu telah menganalisis rekod perubatan daripada 623,140 orang di Asia yang berusia dalam lingkungan 50-an untuk selama 15 tahun.

.

Hasil kajian mendapati mereka yang berkahwin hanya 15 peratus terdedah kepada keseluruhan risiko kematian daripada semua punca kematian, jika dibandingkan dengan orang bujang dan mereka yang tidak berumah tangga (pasangan berpisah,janda dan duda).

.

Malah orang yang berkahwin juga hanya 20 peratus berisiko untuk meninggal dunia akibat dari kemalangan jalan raya, kecederaan dan sakit jantung.

.

Daripada kajian itu, golongan lelaki paling banyak mendapat manfaat daripada perkahwinan apabila berlaku penurunan terbesar dalam kadar kematian mereka.

.

Dapatan itu mendapat sokongan daripada kajian terdahulu apabila mereka mendapat golongan lelaki kurang untuk mengambil alkohol atau dadah seterusnya terlibat dalam kemalangan apabila mereka sudah berkahwin.

.

Kajian terbaharu itu memaklumkan juga kesan perlindungan disebabkan perkahwinan boleh berlaku disebabkan oleh pasangan yang menggalakkan mereka untuk mendapatkan bantuan perubatan dan mematuhi jadual rawatan demi kesihatan pasangan masing-masing.

 

Tambah kajian itu lagi, kadar kewangan yang lebih baik dan gaya hidup yang lebih sihat juga mendorong seseorang itu untuk hidup lebih lama jika seseorang itu sudah berkahwin.

orang dah kahwin kurang risiko mati awal berbanding bujang?

Bagaimanapun soal ajal, maut adalah dari ketentuan Yang Maha Esa, tidak ada kena mengenanya sama ada berkahwin mahupun sebaliknya.

 

Sumber: [1], [2]

ARTIKEL BERKAITAN