Opsss! Isnin Sampai Khamis Je Ye!

Kes COVID-19 nampaknya dalam trend meningkat semula. Semalam sekali lagi kes lebih daripada 2,000 dan kiranya dah hari ke-5 berturut-turut.

opsss! isnin sampai khamis je ye!

Bimbang dengan trend dan jumlah jangkitan PDRM mengorak satu lagi langkah lebih tegas. Sekarang ni rentas negeri cuma boleh dilakukan Isnin sampai Khamis je. Tu pun yang diluluskan polis ya! Bukan main redah je.

Ni jugak maknanya pergerakan masa hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad tak akan diluluskan.

Tapiii ada kelonggaran dan pengecualian untuk kes dan urusan penting. Urusan yang dibenarkan ialah kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Satu lagi polis nak ingatkan, ketetapan ataupun aturan ni berterusan sampailah selepas Aidilfitri dan sesiapa yang ingkar akan dikenakan tindakan.

Hmmm…macam makin samar bayangan je bayang-bayang nak balik kampung raya ni.

Berserah, berdoa.

 

Oleh: KJ

Sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo & Internet

ARTIKEL BERKAITAN