Onsen Di Malaysia?

onsen di malaysia?

Hulu Langat dikenali sebagai tempat yang tak asing lagi untuk keindahan air tejun dan udara yang nyaman. Terdapat banyak air terjun di Hulu Langat seperti Sungai Gabai, Sungai Congkak dan Sungai Tekala. Baru baru ini telaga air panas artesian ditemui di Kampung Jawa, Hulu Langat. Ia ditemui semasa kerja pengorekan untuk pembinaan masjid dilakukan.

onsen di malaysia?
Telaga air panas ini bersuhu 47 hingga ke 49 darjah celcius. Telaga iini mengeluarkan air dari bawah tanah tanpa perlu dipam dan mempunyai keluasan 160 kaki ke dalamannya.

onsen di malaysia?
Pihak Tourism Selangor sedia bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geaosains Selangor (JMGS) untuk menjadikan kawasan itu sebagai lokasi tempat pelancongan seperti kolam air panas di Onsen, Jepun.

Sama sama kita nantikan projek ini !


Sumber: Thevocket
Oleh: Khalie Azmi