‘Ada Kejutan Untuk Anda’ - Onew Bakal Adakan Konsert Pertama Di Malaysia

Lebih dari 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, penyanyi Onew buat pertama kalinya bakal bertemu peminatnya di Malaysia pada 27 Julai di Stadium Malawati, Shah Alam. 

“Kami berbesar hati memperkenalkan acara ini dan akan memastikannya menjadi momen yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat Onew.

“Seiring dengan keterujaan peminat untuk bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan pertemuan tersebut ibarat ‘temu janji pertama’ dengan sepenuh hati,” penganjur iaitu Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Onew yang juga ahli kumpulan SHINee turut meninggalkan mesej buat peminatnya di Malaysia. 

“Jumpa anda di Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia. Ada kejutan menanti anda dan saya tidak sabar untuk bertemu,” ujarnya.

Peminat kini boleh mendapatkan tiket acara tersebut menerusi MyTicketAsia.

Harga tiket yang dijual bermula pada harga RM258(CAT3), RM358 (CAT2), RM558 (CAT 1), RM858 (SEAT) dan RM988 (VIP SOUNDCHECK). 

Sumber: Kosmo