Omicron Tidak Sebabkan Hilang Deria Bau Seperti Delta - Pakar

Pakar mengatakan bahawa varian Omicron virus COVID-19 tidak menyebabkan penghidapnya hilang deria bau seperti varian Delta.

omicron tidak sebabkan hilang deria bau seperti delta - pakar

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Dr Masita Arip yang mana menurutnya, ia merupakan satu daripada perbezaan ketara antara gejala varian Omicron dan varian Delta.

“Selain itu, varian Omicron juga tidak menyebabkan demam dengan suhu yang tinggi sebagaimana pesakit COVID-19 varian Delta sebelum ini. Antara gejala utama yang dibawa oleh varian Omicron adalah sakit kepala dan loya.

“Orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit kepala dinasihatkan mendapatkan rawatan dengan segera,” katanya.

Lanjut Dr Masita lagi, gejala yang dialami penghidap varian Omicron adalah lebih singkat iaitu kurang lima hari berbanding varian Delta.

Demikian itu, beliau menasihatkan masyarakat Malaysia supaya bersikap matang dalam menghadapi situasi melawan pandemik COVID-19 dengan segera mendapatkan rawatan apabila bergejala selain sentiasa amalkan kawalan kendiri dan ambil dos penggalak.

Mereka yang melakukan ujian kendiri COVID-19 di rumah dan mendapati diri positif juga perlu jujur dan bertanggungjawab dengan tidak meninggalkan rumah kerana ia akan membahayakan orang lain, katanya.


Sumber: [1]