Varian Omicron Pada Rusa Liar Cetus Kebimbangan

Penemuan varian Omicron pada rusa liar jenis ekor putih di New York telah mencetuskan kebimbangan penyelidik.

varian omicron pada rusa liar cetus kebimbangan

Menurut seorang ketua penyelidik, penemuan itu memungkinkan spesis haiwan terbabit boleh menjadi hos kepada strain koronavirus baharu.

 

Kajian dijalankan dengan mengambil sampel darah serta ujian calitan hidung daripada 131 ekor rusa di Pulau Staten, New York dan hasilnya menunjukkan kira-kira 15 peratus haiwan itu mempunyai virus antibodi.

varian omicron pada rusa liar cetus kebimbangan

Ia menunjukkan haiwan tersebut pernah dijangkiti koronavirus sebelum ini dan mungkin akan terdedah kepada jangkitan semula berulang kali dengan varian baharu.

 

“Apabila virus bermutasi sepenuhnya, ia boleh mengelak perlindungan vaksin sedia ada. Jadi, kita perlu menambah baik vaksin sekali lagi,” kata ahli mikrobiologi veterinar di universiti itu, Suresh Kuchipudi.

 

Varian Omicron ditemui pada haiwan liar itu ketika lonjakan kes COVID-19 di seluruh dunia.

 

Jabatan Pertanian AS berkata meskipun tiada bukti menunjukkan haiwan menyebarkan virus kepada manusia, kebanyakkan jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam spesis mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti virus tersebut.

 

Sumber: [1]