Omicron Dikesan Di 23 Negara, WHO Jangka Terus Meningkat

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sebanyak 23 negara telah dikesan dengan varian baharu COVID-19 Omicron, dan bilangan negara itu dijangka terus meningkat.

omicron dikesan di 23 negara, who jangka terus meningkat

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus yang memandang serius kemunculan varian Omicron ini dan menggesa setiap negara untuk berbuat perkara sama.

 

"Kemunculan varian Omicron telah menarik perhatian global. Sekurang-kurangnya 23 negara di lima daripada enam wilayah WHO kini telah melaporkan kes Omicron dan kami menjangkakan jumlah itu akan meningkat.

"WHO sangat mengambil serius perkembangan ini dan begitu juga sepatutnya setiap negara, tetapi ia tidak sepatutnya mengejutkan kita," katanya.

 

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah mengkategorikan Omicron sebagai varian membimbangkan selepas ia didedahkan oleh penyelidik di Afrika Selatan minggu lalu.

omicron dikesan di 23 negara, who jangka terus meningkat

Ekoran itu, banyak negara mula menyekat kemasukan dari negara-negara di Afrika Selatan.

 

Bagaimanapun, Dr Tedros berkata, larangan perjalanan itu akan memberi kesan kepada kerjasama global terhadap varian Omicron, seperti cabaran perkongsian sampel makmal dari Afrika Selatan yang boleh membantu mendapatkan maklumat lebih baik pada varian terbabit. Katanya lagi, larangan perjalanan "akan membebankan kehidupan dan mata pencarian."

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN