‘‘Omicron Bukan Varian Terakhir Yang Perlu Ditangani,’’ - WHO

Omicron bukanlah varian terakhir yang perlu kita tangani, demikian menurut Ketua Teknikal COVID-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menegaskan banyak maklumat yang salah kini sedang disebarkan.

‘‘omicron bukan varian terakhir yang perlu ditangani,’’ - who

Menurut Maria Van Kerkhove terdapat banyak maklumat yang salah berhubung varian Omicron, BA.2 yang tersebar hingga menyebabkan salah faham meluas.

.

Perkara ini dibangkitkan selepas terdapat peningkatan jangkitan baharu secara global sebanyak lapan peratus pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

.

Antara maklumat yang salah dan kini sedang disebarkan meluas adalah Omicron penyakit ringan, pandemik telah berakhir dan juga Omicron varian terakhir.

.

“Kita mempunyai sejumlah besar maklumat yang salah di luar sana. Maklumat salah bahawa Omicron adalah penyakit ringan, pandemik telah berakhir dan Omicron adalah varian terakhir yang perlu ditangani. Ini benar-benar menyebabkan banyak kekeliruan,’’ kata Kerkhove.

.

Tambah WHO lagi, virus COVID-19 itu masih belum menjadi penyakit bermusim atau endemik disebabkan ia mudah menular, imuniti yang rendah serta vaksin yang tidak bertindak secara sempurna untuk menangkit jangkitan. Malah corak jangkitannya juga masih belum dapat diramal.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN