Olympic Dream Garap Kisah Dunia Kesukanan Yang Sarat Dengan Emosi

Diarahkan oleh pengarah Don Hoe, Olympic Dream merupakan sebuah filem yang mengisahkan mengenai semangat kesukanan tinggi seorang atlet badminton yang membawa nama negara di persada dunia.

olympic dream garap kisah dunia kesukanan yang sarat dengan emosi

Lebih membanggakan, filem Olympic Dream   menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa seperti Filem Asia Terbaik di Festival Filem New York City IO 2021; Anugerah Khas Juri di Festival Filem Chambal International 2019; Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate. 

Kongsi Don Hoe selaku pengarah Olympic Dream, “Badminton adalah salah satu sukan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara peribadi, saya membesar dengan menyaksikan kejayaan atlet-atlet Malaysia antaranya di Kejohanan Piala Thomas dan itu mendorong semangat dan nilai perpaduan dalam diri.

olympic dream garap kisah dunia kesukanan yang sarat dengan emosiolympic dream garap kisah dunia kesukanan yang sarat dengan emosi

“Sukan ini telah merapatkan hubungan saya bersama rakan dan jiran tetangga yang berbeza latar usia, bangsa, kaya atau miskin untuk sama-sama menyokong pasukan Malaysia. Jadi, saya mengambil elemen sukan tersebut dan ketengahkan menerusi filem.

“Saya dengan rasa rendah hati berharap filem ini mampu menyuntik rasa bangga dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia atau masyarakat dari negara luar untuk sentiasa berusaha dalam mencapai impian sehingga memperoleh kemenangan.”

Sinopsis:

Olympic Dream mengisahkan kecekalan seorang anak muda bernama Wong Anna yang menanam impian sejak kecil dan bercita-cita untuk menjadi seorang pemain badminton kebangsaan. Walaupun Anna mengalami kesihatan, ia sedikit pun tidak mematahkan impiannya.

Ketika berada di sekolah, Anna menyaksikan kehebatan Pak Cik Quan mengendalikan bulu tangkis, yang mana lelaki itu sebenarnya merupakan bekas pemain badminton. Sejak itu, Anna sentiasa berlatih dengan Pak Cik Quan sehingga dia berjaya memenangi pertandingan badminton. Bakat Anna kemudian dikesan jurulatih Cheah sekali gus membuka laluannya buatnya untuk bergelar pemain kebangsaan.

olympic dream garap kisah dunia kesukanan yang sarat dengan emosi

Apa meningkat dewasa, Anna berjaya mengangkat dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik kebangsaan. Namun, pasangan beregunya, Xiu Man mengalami cedera parah, menyebabkan Anna terpaksa bertukar pasangan beregu baru, Hao Yu.

Mereka kemudian bergabung mengatasi segala kesukaran bersama, serta membawa impian dan harapan 32.38 juta rakyat Malaysia dalam meniti langkah ke temasya Olimpik.

Berjayakah Anna dan pasangannya mengharumkan nama Malaysia dan membawa pulang pingat emas Olimpik?

Jangan lupa untuk saksikan Olympic Dream yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 23 September 2021 ini.

olympic dream garap kisah dunia kesukanan yang sarat dengan emosi

Untuk melanggan, sila ke saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.