Norovirus Dijangka Jadi Pandemik Baru Di Britain Bulan Depan

Meskipun belum berakhir pandemik COVID-19, Britain dijangka mengalami satu lagi pandemik yang kini sedang menular pantas iaitu jangkitan wabak norovirus.

belum habis covid-19, wabak norovirus pula menular di britain

Menurut laporan, wabak norovirus itu boleh merebak dengan kombinasi COVID-19, yang mana membuatkan ramai pakar kesihatan dan saintis di Britain kini menyuarakan kebimbangan mereka.

 

Meskipun kadar kes jangkitan norovirus mula menunjukkan penurunan, ia boleh melonjak tinggi bermula bulan depan.

 

“Memandangkan kita semua kini lebih kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan berada di rumah, terdapat penurunan dalam kes selesema dan penyakit yang lain.

“Jadi, pakar penyelidik bimbang Britain mungkin akan mengalami wabak yang lebih besar kerana dinamik penularan sudah berubah,”

“Saintis juga memberi amaran kes selesema boleh menjadi teruk pada tahun ini tetapi kini norovirus pula dimasukkan dalam senarai tersebut,” jelas laporan itu.

Selain muntah-muntah, mereka yang dijangkiti norovirus boleh mengalami rasa mual secara tiba-tiba, cirit-birit, suhu badan meningkat, sakit pada bahagian perut dan sakit badan.

belum habis covid-19, wabak norovirus pula menular di britain

Kebiasaannya, mereka yang dijangkiti norovirus boleh sembuh sendiri dalam masa satu ke tiga hari, namun ada juga kes luar biasa di mana virus itu boleh kekal dalam badan sehingga berminggu atau berbulan lamanya.

 

Sumber: Utusan