Nilai R-Naught Negara Kekal Di Paras 0.9

Setakat  Jumaat lalu, negara mencatatkan kadar kebolehjangkitan di Malaysia masih di bawah paras 1.0 setakat.

nilai r-naught negara kekal di paras 0.9

Angka terbabit kekal pada 0.90 sama seperti yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Terdapat sembilan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Ia merupakan Pahang dengan kadar tertinggi iaitu 1.01, diikuti Terengganu, Perlis, Perak, Johor, Putrajaya, Sarawak, Kelantan dan Melaka.

Dalam pada itu, Pulau Pinang, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Dalam perkembangan lain, Labuan mencatatkan sifar kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah dicatatkan Malaysia pada tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, sementara yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN