Nilai Kadar Kebolehjangkitan Negara Catat Penurunan Lagi

Nilai kadar kebolehjangkitan Malaysia merekodkan trend penurunan iaitu dari 0.89 pada Sabtu kepada 0.87 Ahad lalu.

nilai kadar kebolehjangkitan negara catat penurunan lagi

Sembilan negeri merekodkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, yang mana Perlis dan Putrajaya merekodkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.00.

Ia diikuti Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Sarawak dan Perak.

Dalam pada itu, Johor, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing merekodkan nilai kebolehjangkitan bawah purata kebangsaan.

Setakat 2021, nilai kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan negara ialah 0.81 iaitu pada 3 Mac lalu, sementara nilai tertinggi yang pernah dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

 

Sumber: [1]