Nikmati Tayangan Perdana K-Drama Pada Hari Sama Dari Korea Di Astro!

Bermula bulan ini, peminat tegar K-Drama yang juga pengguna Astro boleh menikmati koleksi pelbagai drama terbaru Korea pada hari tayangan yang sama di Korea!

nikmati tayangan perdana k-drama pada hari sama dari korea di astro!

Dari drama romantik, drama seram yang mendebarkan hingga drama yang berunsurkan aksi jenayah serta kekeluargaan, kesemuanya boleh ditonton di KBS World (Saluran 392 HD), One (Saluran 393 HD), Oh!K (Saluran 394 HD) dan tvN (Saluran 395 HD).

Tidak ketinggalan, penonton juga tidak perlu risau sekiranya ketinggalan waktu tayangan kerana kesemua episod boleh distrim pada melalui On Demand dan Astro GO tanpa mengira masa dan tempat!

Berikut merupakan antara drama yang boleh disaksikan peminat pada hari sama dengan tayangan di Korea termasuklah:

nikmati tayangan perdana k-drama pada hari sama dari korea di astro!

  • Drama aksi jenayah, ‘Police University’, menampilkan Cha Tae-Hyun, Krystal, Jung Jin-young, dan ramai, bermula 12 August di KBS World (saluran 392 HD).

nikmati tayangan perdana k-drama pada hari sama dari korea di astro!

  • Drama romantik Korea, ‘Check out The Event’, membariskan Bang Min Ah, Kwon Hwa Woon, An Woo Yeon, bermula 19 Ogos di Oh!K (saluran 394 HD).

nikmati tayangan perdana k-drama pada hari sama dari korea di astro!

  • Drama keluarga, ‘The Second Husband’, menampilkan Uhm Hyun Kyung, Cha Seo Won, Oh Seung Ah, Han Ki Woong, bermula 10 Ogos di Oh!K (saluran 394 HD).
  • Drama misteri Korea mendebarkan, ‘The Road: The Tragedy of One’, dibintangi Ji Jin-hee, Yoon Se-ah, setiap Khamis & Jumaat di tvN (saluran 395 HD).
  • Drama romantik-fantasi, ‘Lovers of the Red Sky’, menampilkan Kim Yoo Jung, Ahn Hyo Seop, Gong Myung, Kwak Si Yang, bermula 31 Ogos di One (saluran 393 HD).

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.

ARTIKEL BERKAITAN