Nikmati Saluran Baru, Oppa Mania Untuk Lebih Program Dari Korea!

Pelanggan Astro kini boleh menikmati saluran baru, Oppa Mania (saluran 100) bagi mengubat ‘Demam Oppa’ (Oppa Fever) mereka dengan pelbagai drama terhangat Korea dan Thai, variety show, konsert K-Pop dan filem-filem yang diimport khas dari Korea Selatan dan Thailand!

nikmati saluran baru, oppa mania untuk lebih program dari korea!

Oppa Mania (saluran 100) disediakan kepada semua pelanggan dari 1 hingga 31 Julai menerusi TV, On Demand dan Astro Go.

Antara K-drama tayangan saluran terbaru ini termasuk Taxi Driver, My Strange Hero, How Are You Bread, Backstreet Rookie, Descendants of the Sun dan banyak lagi!

nikmati saluran baru, oppa mania untuk lebih program dari korea!

Turut tidak ketinggalan, drama-drama romantik Thai seperti Frog Prince, Love at First Hate dan Man of Vengeance.

Selain itu, mereka yang mengikuti kumpulan EXO juga boleh menyaksikan siri pengembaraan kumpulan tersebut dalam EXO’s Travel the World on a Ladder dari musim 1 hingga 3 selain siri temubual bersama idola-idola kegemaran dalam K-Pop Idol League khusus untuk peminat K-Pop.

nikmati saluran baru, oppa mania untuk lebih program dari korea!

Orang ramai juga boleh berhibur dengan pelbagai konsert menarik seperti 2019 KCON Thailand, KCON:TACT 2020 Summer, 2020 KCON: TACT 5 dan 2021 SBS Super Concert in Daegu bagi menyaksikan persembahan hebat!

nikmati saluran baru, oppa mania untuk lebih program dari korea!

Juga menarik, tayangan pelbagai filem pecah panggung ekspres dari Korea Selatan dan Thailand seperti Parasite, Train to Busan, EXIT, My Annoying Brother, Crazy Romance dan banyak lagi.

Layari content.astro.com.my untuk maklumat lanjut.