Bermula Februari ini, peminat K-Pop boleh menikmati pelbagai K-Drama dan program Korea yang ditayangkan di Astro menerusi tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Astro GO Saluran 396), On Demand dan Astro Go.
Peminat Korea boleh menonton K-Drama terhebat ditayangkan 24 jam selepas waktu tayangan di Korea.
Antara drama yang boleh dinikmati termasuk Kill Hell (lakonan Kim Ha Neul, Lee Hye Young, Kim Sung Ryung) dan Sponsor (lakonan Han Chae Young, Lee Ji Hoon dan ramai lagi), serta Your Playlist, sebuah drama muzikal Korea yang dibintangi Yoon San Ha dari kumpulan Astro.
Juga mengujakan, peminat K-Pop juga boleh berhibur dengan pelbagai program Korea menarik yang ditayangkan pada minggu sama seperti I Can See Your Voice 9, pad a 4 Februari jam 10.30 malam di tvN (Saluran 395 HD) dan program realiti Unexpected Business 2, yang membariskan Jo In Sung dan Cha Tae Hyun pada 22 Februari jam 10.30 malam di tvN (Saluran 395 HD).