Nikamti Tayangan Perdana Program Korea Di Astro Pada Disember Ini

Berita baik buat semua peminat hiburan Korea, pada bulan disember ini anda boleh menyaksikan lebih banyak drama- drama dan filem Korea dengan penceritaan menarik seperti aksi, romantik, fantasi, misteri seram dan drama kekeluargaan, ditayangkan di Astro menerusi K-Plus (Saluran 396 HD), tvN (Saluran 395 HD), KBS World (Saluran 392 HD), ONE (Saluran 393 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD).

Selain itu, anda  juga boleh strim episod-episod yang tersedia pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO.

nikamti tayangan perdana program korea di astro pada disember ini

Bermacam tayangan perdana program-program Korea yang menanti anda seperti: 

  • Drama aksi fantasi Phantom School, yang merupakan tayangan perdana istimewa sebelum Korea, menampilkan NC.A (UNI.T), Tan (Ciipher), Im Sung-Kyung, Kin Seo-Yeon dan Cha Jae-Hoo, bermula 1 Disember di K-Plus (Saluran 396 HD).

  •  Drama romantik fantasi The Witch Store Reopens, yang merupakan tayangan perdana istimewa sebelum Korea, dibintangi Jung Ye-rin (Gfriend), Kim Yong-Hee (CIX), Kwon Ah-Reum, Seo Jun dan Kim Ye-Rin, bermula 24 Disember di K-Plus (Saluran 396 HD).

  • Drama misteri seram Missing: The Other Side 2, ditayangkan 24 jam selepas Korea, dilakonkan oleh Go Soo, Huh Joon-ho, An So-hee, Ha Jun, Lee Jung-eun dan Kim Dong-hwi, bermula 20 Disember di tvN (Saluran 395 HD).

  • Drama komedi Comedy Work Later, Drink Now 2, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Lee Sun-bin, Han Sun-hwa, Jeong Eun-ji (Apink), Choi Si-won (Super Junior) dan Yoon Shi-yoon, bermula 10 Disember di tvN (Saluran 395 HD).

  • Drama kekeluargaan Recipe for Farewell, ditayangkan 24 jam selepas Korea, starring Han Suk-kyu, Kim Seo-hyung, Jin Ho-eun dan ramai lagi, bermula 2 Disember di tvN (Saluran 395 HD).

  • Drama seram Lovely Horribly, dibintangi Park Si-Hoo, Song Ji-Hyo dan ramai lagi, bermula 6 Disember di KBS World (Saluran 392 HD).

  • Drama kekeluargaan Reborn Rich, menampilkan Song Joong-Ki, Shin Hyun-Bin dan ramai lagi, bermula 20 Disember di ONE (Saluran 393 HD).

  • Filem misteri seram The Witch Part 2: The Other One, dibintangi Shin Sia, Park Eun-Bin, Seo Eun-Soo, Jin Goo, Sung Yu-Been dan Lee Jong-Suk, pada 31 Disember di tvN Movies (Saluran 416 HD).