Nikah Online? Why Not!

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan membolehkan kita teroka banyak benda baru kan?

Ada yang sempat asah skill memasak, kemas rumah bermacam-macam gaya dan tak kurang juga memanfaatkan teknologi yang ada sekarang ni.

Haa cakap pasal teknologi, yang terbaru, buat pertama kalinya majlis akad nikah dilaksanakan secara online di Malaysia!

nikah online? why not!

Pengantin perempuan di Wangsa Maju, yang pengantin lelaki pulak dekat Setiawangsa, KL.

Pernikahan ini disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail.

nikah online? why not!

JAWI membenarkan akad nikah secara sidang videoberdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.  

Alhamdulillah, yang penting dah selesai urusan wajib dalam perkahwinan iaitu nikah.

Kenduri kahwin tu nampaknya kena tangguh dulu la ye sampai wabak Covid-19 ni betul-betul hilang sepenuhnya.

Haaa, tapi ada peringatan ni..

nikah online? why not!

Hahaha jangan macam-macam ye yang dah berkahwin tu!

Okay, teruskan patuhi PKP, #dudukdirumah #kitamestimenang

 

Oleh: Izzati Amir

ARTIKEL BERKAITAN