Dalam usaha meningkatkan imunisasi dalam kalangan penduduk, pengendali pengangkutan awam di Hong Kong mengambil langkah bijak iaitu dengan menawarkan sebanyak 500 pas tahunan percuma kepada individu yang mengambil vaksin.
Pas tersebut membolehkan seseorang pengguna untuk melakukan perjalanan kereta api bawah tanah di Hong Kong tanpa had selama setahun.
Menurut satu pengiraan yang dibuat secara kasar, dua perjalanan sehari dengan menggunakan kereta api bawah tanah itu menelan kos maksimum sebanyak HK$27 iaitu RM14.36. Bermaksud, pas yang sah selama setahun ini mempunyai nilai sekitar HK$20,000 atau RM10,640.65.
Pengumuman itu dibuat ketika pemerintah Hong Kong mengatakan pihaknya menyambut baik inisiatif di sektor komersial yang bertujuan untuk mendorong vaksinasi.
Isnin lalu, sekitar 21% penduduk Hong Kong direkodkan telah menerima dos vaksin COVID-19 mereka sementara lebih dari 15% pula telah divaksinasi sepenuhnya.
Sumber: [1]