Neymar Positif COVID-19?

neymar positif covid-19?

PSG sahkan 3 daripada pemainnya positif COVID-19 selepas pulang daripada percutian akhir musim.

Juara Perancis itu yang enggan dedahkan identiti pemainnya berkata ketiga-tiga pemain itu telah menjalani protokol kesihatan yang sesuai.

Sebagai langkah berjaga-jaga, PSG juga akan jalankan ujian saringan kepada semua pemain dan staf mereka dalam masa terdekat.

neymar positif covid-19?

Berahsia pulak PSG ni. Hmm. Tapi terdapat beberapa laporan media di Eropah yang mendakwa salah seorang daripada mereka yang positif itu ialah Neymar.

neymar positif covid-19?

Menurut Sky Sports, ketiga-tiga pemain yang positif itu baru pulang daripada percutian di Ibiza dan akan dikuarantin selama 7 hari.

Media Perancis pula melaporkan 2 lagi individu yang positif itu ialah Angel Di Maria dan Leandro Paredes.

neymar positif covid-19?

Ketiga-tiga pemain ini mungkin terlepas aksi pembukaan Liga Perancis, 11 September ini apabila PSG bertandang ke Lens.

Oleh : Karami Kamel