Neymar Pintas Ronaldo R9!

neymar pintas ronaldo r9!

Bila kita bincangkan antara penyerang bola sepak terbaik sepanjang zaman, nama Ronaldo Luiz Nazaria de Lima pasti antara nama yang akan disebut.

Walaupun nama dia panjang, tetapi disebabkan dia ni antara penyerang terhebat yang pernah beraksi di atas padang, maka kita ingat lah nama dia.

Kalau nak cerita kehebatan Ronaldo atau R9 ni memang tak habis. 

Cukuplah sekadar kita semua tahu yang Sir Alex Ferguson dan Jose Mourinho sendiri memuji serta mengakui yang R9 ni memang lain dari yang lain.

Ronaldo ni juga dah menjaringkan 62 gol untuk skuad kebangsaan Brazil - penjaring kedua terbanyak di belakang legenda, Pele yang dah jaringkan 77 gol dalam 92 penampilan.

Tapi gelaran penjaring kedua terbanyak bukan lagi milik Ronaldo!

Betul tu. Sebabnya, pagi tadi Brazil bangkit daripada ketinggalan untuk kalahkan tuan rumah, Peru 4-2 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

neymar pintas ronaldo r9!

Pada aksi tersebut, seorang lagi bintang Brazil, Neymar menjaringkan hatrik.

Rasanya Neymar tak akan lupakan hatrik dia pagi tadi sebab dengan 3 gol itu, dia berjaya pintas R9 untuk muncul penjaring kedua terbanyak untuk Brazil dengan 64 gol! 

Ini merupakan pencapaian yang sangat baik untuk Neymar!

neymar pintas ronaldo r9!

Ramai juga yang jangkakan Neymar dengan mudah akan melepasi rekod yang dipegang Pele tu sebabnya bintang PSG ni baru berusia 28 tahun!

Berdasarkan prestasi dan kualiti permainan dia sekarang, takkan lah tak boleh nak jaringkan 13 gol lagi kan?

Oleh : Karami Kamel