New Zealand Umum Polisi ‘‘Tak Suntik Vaksin, Tak Boleh Kerja’’

New Zealand telah bersetuju untuk mengadakan polisi ‘tidak suntik vaksin, tidak boleh kerja’ kepada semua petugas kesihatan dan guru di seluruh negara berkenaan.

new zealand umum polisi ‘‘tak suntik vaksin, tak boleh kerja’’

Ia buat sebagai langkah bagi mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

 

Menurut Menteri Tindakan COVID-19 yang juga merangkap Menteri Pendidikan, Chris Hipkins berkata, kerajaan kini sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengawal kadar jangkitan dan tidak akan mengambil jalan mudah bagi melakukannya.

 

Beliau juga berkata, jika ada individu yang ingkar, maka mereka perlu menanggung sendiri akibatnya.

 

Golongan doktor, jururawat dan juga petugas kesihatan lain perlu mendapatkan dua dos vaksin COVID-19, menjelang 1 Disember depan. Manakala kumpulan guru dan kakitangan sekolah juga diwajibkan mengambil vaksin lengkap menjelang 1 Januari 2022.

 

Setakat hari ini, sebanyak 58% daripada jumlah populasi berusia 12 tahun ke atas di New Zealand sudah lengkap divaksin. Ia melibatkan jumlah rakyat seramai 2,439,100 orang.

new zealand umum polisi ‘‘tak suntik vaksin, tak boleh kerja’’

Sumber: [1], [2]

ARTIKEL BERKAITAN