Kes COVID-19 Kembali Meningkat, New York Gesa Pakai Semula Pelitup Muka

Susulan daripada peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti, New York kini kembali menggesa orang ramai untuk memakai pelitup muka khasnya di tempat tertutup.

kes covid-19 kembali meningkat, new york gesa pakai semula pelitup muka

Peningkatan kes jangkitan COVID-19 itu turut memberi tekanan terhadap sistem kesihatan awam di bandar berkenaan.

.

Bagaimanapun Datuk Bandar New York, Eric Adams memberi jaminan bandar itu bersedia dan tidak panik dengan peningkatan kes jangkitan ini.

kes covid-19 kembali meningkat, new york gesa pakai semula pelitup muka

"Saya bangga dengan apa yang kita lakukan dan bagaimana kita tidak membenarkan COVID-19 mendahului kita.

"Kita tetap bersedia dan tidak panik. Apabila saya lihat kepada kemasukan ke hospital dan kematian, angka kedua-duanya stabil," katanya.

.

Orang ramai digesa untuk menggunakan pelitup muka berkualiti tinggi apabila berada dalam bangunan dan di tempat awam. Ini termasuk kedai runcit, lobi bangunan, pejabat, kedai dan ruang biasa yang dikongsi dengan individu lain.

kes covid-19 kembali meningkat, new york gesa pakai semula pelitup muka

Nasihat itu turut memberi perhatian khusus kepada individu berisiko tinggi mendapat gejala teruk dan kematian iaitu mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan mereka yang tidak mendapat suntikan vaksin.

.

Malah pelajar di sekolah awam turut disyorkan supaya terus memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN