Ini Jawapan Agnez Monica Bila Netizen Rimas Lihat Bulu Matanya

Penyanyi Agnez Monica adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan.

ini jawapan agnez monica bila netizen rimas lihat bulu matanya

Baru-baru ini, beliau telah diajukan soalan dalam satu sesi soal jawab Instagram mengenai bulu matanya yang dikatakan tidak cantik serta merimaskan.

 

“Saya yang berasa rimas melihat bulu mata palsu yang awak pakai. Lebih baik guna bulu mata asli atau langsung tidak payah pakai bulu mata palsu,” kata netizen tersebut.

ini jawapan agnez monica bila netizen rimas lihat bulu matanya

Kata-kata itu kemudiannya dibalas oleh penyanyi berusia 36 tahun ini dengan memohon maaf kerana membuatkan peminatnya berasa rimas dengan bulu matanya.

 

Agnes Mo bagaimanapun tidak membiarkan netizen itu ‘menang’, sebaliknya membalas dengan kenyataan berikut:

“Saya minta maaf jika bulu mata palsu ini membuatkan anda rimas. Tapi saya lagi rimas bila orang lain masuk campur urusan saya. Kata-kata awak telah mengganggu saya, lebih daripada bulu mata palsu ini,”

 

Sumber: Kosmo

 

ARTIKEL BERKAITAN