Sejak akhir-akhir ini, kecoh di media sosial mengenai seorang influencer yang berkahwin dua, ketika isteri pertamanya sedang hamil lima bulan.
Dalam kekecohan itu, warganet sepakat menasihati seorang lagi influencer dan juga usahawan popular, Hafiz Mahamad, yang pernah tular menerusi video-video ‘sweet’nya bersama isteri, Syafiqah Aina.
Hasil tinjauan terhadap media sosial Hafiz, warganet dilihat datang meninggalkan komen agar tidak menduakan isterinya itu.
Malah, ada juga yang menasihati Hafiz agar terus setia bersama Aina dan ‘mewakili’ lelaki Malaya yang tidak berpoligami.
“The last man standing! Jenuh kami lelaki nak pujuk orang perempuan untuk percayakan kita balik,” seloroh seorang pengguna X.
Untuk info, Hafiz dan Aina antara pasangan influencer yang kerap mempamerkan kemesraan dan kasih sayang mereka di media sosial, malah sering menjadi inspirasi ramai pasangan yang baru menjalinkan hubungan dan berumah tangga.
Sumber: X